Wednesday, May 8, 2013

Puding Roti

Dah lama nya la teringin nk buat puding roti a.k.a bread pudding ni...

not sure menjadi ke idak...and i xde amik gmbr last product...janji masuk mulut je..hahaha...

TQ to my sis for the recipe..banyak version of how to make this pudding out there..mayb kena try n error untuk dapat yang akan memuaskan tekak dan hati :)


RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara

  • Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. 
  • Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  • Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  • Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

SELAMAT MENCUBA!


No comments: