Tuesday, February 21, 2012

Bantulah Adik Faris Nur Daniel

Masa untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang prihatin...

ada baca pasal adik ni smlm kt fb but xtgk smpi habis..but when i baca sndr, seriously mmg menangis...mayb naluri keibuan...

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui cerita dan nasib adik Faris Nur Daniel
Atas dasar simpati dan hubungan kasih sesama manusia saya cuba
paparkan cerita beliau yang kini bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan.
semoga cepat sembuh

Faris Nur Daniel yang berusia 6 tahun kini bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen
selepas disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) 
iaitu sejenis Kanser Darah
Adik Faris yang kini mendapatkan rawatan di SJMC amat memerlukan bantuan kita.
Setakat ini RM16,800 berjaya dikumpul. Keluarganya memerlukan lebih kurang RM30,000 lagi
untuk menampung rawatan adik Faris selama 19 hari disana.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan meringankan beban
tidak kiralah sama ada berbentuk wang tunai atau sokongan moral

Sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank milik ayah Faris:

Akaun Maybank En Shamrulismawi Ismail 
114011152218 atau 162852002738

Cerita selanjutnya dari Blog Mazidul Akmal

Anda juga boleh menyampaikan kata-kata semangat di FB En. Shamrulismawi Ismail

Harapan dan doa saya agar adik Faris cepat sembuh dan
 dapat menjalani kehidupan yang normal seperti dulu bersama keluarganya tercinta

p/s : alhamdulillah i've done my part...semoga bantuan kepada adik faris mencukupi dan adik faris sihat sepenuhnya..amin..

UPDATE : Innalillah..adik faris telah meninggalkan kita pada hari ini 23/02/2012..and saya mendapat berita baru sekejap tadi..10.18am..sama2 kita sedekahkan al fatihah and semoga parents dan keluarga adik ini mampu menerima takdir dan tabah menghadapi dugaan/ujian dari Allah..kita mampu merancang dan Allah jua yang menentukan...Al-Fatihah

2 comments:

swit@kon said...

alhamdulillah.
aku bukan jutawan. tapi ada sikit rezeki adik ni.
semoga adik cepat sembuh.
:)

My Love.. said...

alhamdulillah...
aku pn xseberapa sumbangannya :) tapi niat membantu n aku rasa xde pn rasa ralat n ttiba rasa xckup duit pn sbb membantu..

semoga kita semua diberkati n adik faris sembuh..