Tuesday, September 9, 2014

Blueberry Cheese Tart

My favourite!

Kalau tak pk makan banyak leh gemuk..i leh makan n perhabiskan 1 adunan kot...LOL...dpt dalam 40biji gitu...seriously sedap..im ok macam cheese tart but not ok if cheese kek...tak tau kenapa...

Top : before bakar
below : Hasil :D
 Resepi yang i biasa ikut as below :

BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan gula dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup




the hardest one!

Usually i akan buat shell dulu...BENDA YANG PALING RENYAH...nak  beli malas kan...so nk membuat sambil2 uli2 kasi ikut acuan tu adalah yang paling leceh...but nak makan punya pasal kan...kena la rajinkan diri...

Lagi2 kalau anak suka...aishh lagi sronok masak..but kejadian yg blaku? farouq makan shell yang dh siap di masak n disimpan mcm makan biskut..OMG marah ok...hahaha...sbb buat tu penat tp ada orang perabiskan...x senonoh kan mama ni...kihkihkih..terkejut kot, tp lps tu ok je....

BUT now...worries no more...rupanya ada mesin tartlet ni ok....i tgh dalam proses timbang tara untuk membeli...mayb end of this month baru decide beli atau tak...

Mesin tartlet

Above ni pic mesin yang biasa..kalau tgk kt tenet ada yang advace skali 4 jalan..tu smpi RM seribu hokayyy...dah kenapa plk nak beli mahal2 tu....so anyone yang teringin nak beli mesin tartlet boleh mencari :

FACEBOOK : Sazazul Sazazul

Selamat bercheese tart smua!!!

tips : waktu piping cheese tu..make sure cheese tu tinggi lagi dari shell sbb nnti by the time masak dia akan reduced...so kalau buat parat2, by the time masak dia akan kurang dari shell...owhh noo nooo nooo....

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

this is my favourite...

My Love.. said...

best kan farah?

favourite and buat sndr...boleh makan sebanyak mana LOL